Saturday 29 December 2012

MEMAHAMI STRUKTUR BANGSA. KASTA & AGAMA ORANG HINDU DI MALAYSIA




oleh: HJ Mohamad Shariff Ghani, SUA Majlis Madrasah India Muslim Malaysia
MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA
·         Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamanya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pengawal.
·         Komuniti- komuniti peniagaan iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil, tertumpu di kawasan Bandar terutamnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga tinggal di kawasan- kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.

SUKU KAUM INDIA
·         Kaum Tamil, Malayalee, Telugu, dan baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.
·         Chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu, dan orang Muslim India Selatan iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.
·          Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang- bidang professional.

SEJARAH KAUM INDIA
·         Orang Telugu banyak terdapat di ladang- ladang getah di Perak (selatan) dan beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak (selatan), Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negeri Sembilan, serta di Johor Bahru.
·         Sebelum ini mereka pernah datang ke Kedah sini sebagai peniaga atau pendakwah tetapi tidak pernah menetap di negeri ini. Malah “Penempatan Hindu” doi Lembah Bujang (Kedah) itu sebenarnya diduduki orang Melayu yang ketika itu beragama Hindu sebelum kedatangan agama Islam, bukan orang dari India yang datang dan menetap di situ.


KASTA
·         Kata “kasta” berasal dari bahasa Portugis “ caste” yang bererti pemisah, tembok, atau batas. Sejarah kasta yang dituduhkan pada masyarakat Hindu berawal dari kedatangan bansa Portugis yang melakukan penjelajahan ke serata dunia.

ISTILAH KASTA DAN SEJARAH
·         Istilah kasta dilekatkan pada agama Hindu mulai ada semenjak kesalahan Max Muller dalam menterjemahkan Weda kedalam bahasa Inggeris. Max Muller menterjemahkan Catur Warna sama degan kasta.
·         Weda mahupun sastra- sastra lainnya tidak ada istilah kasta di kitab suci Hindu.
·         Yang ada adalah yang menerangkan beberapa profesi (warna) yang diantaranya ada yang sebagai pemuka agama (Brahmana), pemimpin dan tentera (Kesatria), pedagang/ pengusaha (Wesia) dan buruh/ kalanga biasa (Sudra). Tidak disebutkan mana yang tinggi dan mana yang rendah.

SISTEM KASTA
·         Telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai “ mereka yang tidak boleh disentuh” atau dalam abhasa inggeris “untouchables”.

KASTA HINDU DI MALAYSIA
·         Paraiyar or Parayar (in the past, anglicized as Pariah is a casta group found in the Indian state or Tamil Nadu and Kerala. In Tamil Nadu though they have been enumerated under three different cast names as Paraiyan, Samban and Adi Dravida, they have generally been referred to as Paraiyar. In northern Tamil Nadu they are known as Paraiyar, in southern Tamil Nadu they are known as Samban. Paraiyan and Samban are synonymous with Adi Dravida.



KOMUNITI SIKH
·         Di Malaysia, komuniti sikh merupakan sub0 golongan etnik India yang dianggarkan sekitar 70 000 orang yang berasal dari wilayah India Utara. Agama sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji (1469 – 1539) juga tersebar dan berkembang luas ke rantau Asia Tenggara. Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara yang menjadi tumpuan petempatan awal komuniti minoriti Sikh semasa pemerintahan colonial British di Tanah Melayu.

FILSAFAT HINDU 6 ASTIKA
·         Terdapat enam Astika (filsafat Hindu) – institusi pendidikan filsafat ortodok yang memandang Weda sebagai dasar kemutlakan dalam pengajaran filsafat Hindu.
·         Nyaya, Vaisheshika, Samkhya, Yoga, Mimamsa ( juga disebut dengan Purva Mimamsa). Enam sampradaya ini dikenali dengan istilah Sad Astika Darshana atau Sad Darshana.
·         Diluar keenam Astika diatas, terdapat juga Nastika, pandangan Heterodok yang tidak mengakui otoritas dari Weda, iaitu: Buddha, Jaina dan Carvaka.
·         Meski demikian, ajaran filsafat ini biasanya dipelajari secara formal oleh para pakar, pengaruh dari masing- masing Astika ini dapat dilihat dari sastr- sastra Hindu dan keyakinan yang dipegang oleh pemeluknya dalam kehidupan sehari- hari.

DEWA DALAM KONSEP HINDUISME
·         Dewa adalah makhluk suci supernatural, penghuni syurga  setara dengan malaikat dan merupakan manifestasi dari Tuhan yang maha Esa. Kata “Dewa”  berasal dari kata “div” yang bererti bersinar.
·         Dalam kitab suci Reg Weda, Weda yang pertama disebutkan adanya 33 Dewa yang mana ketiga puluh tiga Dewa tersebut merupakan manifestasi dari kemahakuasaan Tuhan Yang Maha Esa.
·         Di antara Dewa- Dewi dalam agama Hindu, yang paling terkenal sebagai suatu konsep adalah : Brahma, Wishnu, Ciwa. Mereka disebut Trimurti.
·         Dalam kitab- kitab Weda dinyatakan abahawa para Dewa tidak dapat bergerak bebas tanpa kehendak Tuhan. Para Dewa juga tidak dapat menganugerahkan sesuatu tanpa kehendak Tuhan. Para Dewa, sama seperti makhluk hidup yang lainnya, bergantung kepada kehendak Tuhan.
·         Filasat Advaita ( yang bererti tidak ada duanya) menyatakan bahawa tidak ada yang setara dengan Tuhan dan para Dewa hanyalah perantaraan antara beliaun dengan umatnya.

MANTRA – MANTR HINDU
·         Bhagavan/ Brahman atau yang ada dalam semua mantra Hindu adalah “om”.
·         Brahman adalah Tuhan tidak berwujud, yang Maha Besar, ada  di mana- mana namun Maha Esa, memenuhi segala sesuatu.

KONSEP HINDU
·         Hindu memiliki beragam konsep keagamaan yang diterapkan sehari- hari. Konsep – konsep tersebut meliputi pelaksanaan yajna , system Catur Warna (kasta) , pemujaan terhadap Dewa- Dewi, Trihitakarana, dan lain- lain.


No comments:

Post a Comment