VIdEo~



Mohd Fitri Abdullah ialah seorang penganut Hindu ortodoks. Beliau menceritakan pengalamannya mendapat hidayah Islam. Bermula daripada rasa tidak puas hati terhadap ceramah Dato’ Haron Din menyebabkan beliau nekad untuk bertemu dengan dato’ Haron Din untuk menceritakan kebenaran agama Hindu namun akhirnya beliau melihat keindahan agama Islam setelah dijelaskan oleh Dato’ Haron Din. Beliau menyedari bahwa bukanlah agama yang susah sebagaiman yang beliau tahu melalui masyarakat Melayu. Kekurangan pemahaman menyebabkan beliau tidak faham Islam yang sebenar.  Setelah mendengar surh al-fatihah dan memahami maknanya, maka beliau mengakui bahawa sememangnya Islam adalah agama yang berada di jalan yang benar. SubhanAllah~





seorang bekas penganut Hindu menceritakan bahawa bagaimana Islam telah menawan hatinya untuk menjadi seorang Islam. Melihat bagaimana orang islam mengambil wuduk dan melakukan solat sebagai penyembahan terhadap tuhan yang satu telah menambat hatinya untuk beriman. Dalam pencarian mencari kebenaran agama, beliau  telah pergi ke Kuil, Gereja da Masjid pada masa yang sama dengan tujuan untuk mengetahui agama manakah adalah agama sebenar yang menyembah tuhan yang sebenar. Beliau benar mencari kebenaran dalam agama dan nyata bahawa Allah tidak membiarkan mereka yang benar-benar ikhlas mencariNya.





Abdullah adalah seorang bekas penganut Hindu yang taat dan dibesaran dalam suasana di Kuil. Beliau dalam beragama bermula sedari beliau masih kecil disebabkan beliau merasa bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan agama Hindu kerana penganut Hindu menyambah banyak tuhan. Kerana tidak puas hati terhadap hindu memaksa beliau memeluk Kristian untuk mencari penyelesaian. Meskipun agama  Kristian telah memberi impak yang sangat besar dalam hatinya namun beliau masih merasa kekurangan kerana beliau seorang yang berpegang kepada logika atas sesuatu fakta. Beliau mengenali agama Islam setelah memasuki Universiti dan bermula dari situ beliau mula mepelajari agama Islam. Agama islam telah menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain di fikirannya dan beliau berpuas hati terhadap pengajaran agama islam yang digambarkan beliau sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap.






Bekas penganut Hindu ini adalah penganut hindu sanatana dharma dan merupakan seorang penganut hindu yang taat. Beliau berkongsi dan menceritakan falsafah-falsafah keagamaan Hindu yang sangat tersasar jauh dan tidak logik pada pemikiran akalnya. Beliau berkongsi dari pengalamannya dari perspektif sebagai seorang penganut dan pandangannya terhadap ketuhanan Hindu dan apa yang terkandung dalam ajaran Hindu, serta konsep Brahmin dalam ajaran Hindu.Penjelasan beliau tentang agama Hindu mampu memberi impak kepada penganut Hindu bahawa adakah agama yang dianuti itu benar-benar menyembah tuhan atau hanya semata-mata rekaan ceritan dongeng manusia.





Dr Zakir naik adalah seorang anak didik kepada Syeikh Ahmad Deedat iaitu seorang pendakwah islam dari India yang telah banyak berdakwah kepada orang Hindu dan juga ramai lagi di peringkat antarabangsa. Jawapan beliau terhadapa pertanyaan gadis ini mengenai  ketuhanan dan beliau berjaya memberikan jawapan yang bernas serta memuaskan hati gadis ini dan telah berjaya mengislamkan gadis Hindu ini. Seorang pendakwah seharusnya memiliki sifat sebegini, iaitu mampu menjawab dengan bernas persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh mereka yng bukan Islam.



Dalam  kunjungan terbaru iaitu tour Dr zakir naik ke Malaysia baru-baru ini belaiu telah berjaya mengislamkan seorang lelaki Hindu Malaysia. Beliau meminta kepada pengunjung yang datang  untuk bertanya seberang soalan kepada  beliau. Seorang lelaki Hindu telah meyatakn kekagumannya terhadap Dr Zakir Naik kerana setiap tingkah laku refleksnya mencontohi nabi Muhammad s.a.w. Dia telah bertanya tentang persoalan kenabian sebagaimana yang ditemuinya dalam kajian agama Buddha bahwa akan datang seorang nabi di kemudian hari, siapakah nabi terakhir serta mngapa nabi Muhammad dipilih sebagai seorang nabi yang terakhir . Persoalan itu telah dijawab oleh Dr Zakir Naik dengan bernas dan megagumkan sehingga lelaki Hindu tersebut tertarik untuk mengucap kalimah syahadah.





how I came to Islam :: talk by shah kirit kumar ::

Namanya ialah Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Ibu bapa beliau telah membesarkannya sebagai seorang Hindu. Beliau mempunyai ramai kawan yang berbangsa Melayu. Pernah suatu ketika kawannya menguji dengan mengatakan suatu hari nanti beliau akan masuk Islam. Pada awal pemikirannya beliau menyatakan bahawa tidak mungkin kerana beliau hindu. Punca awal beliau masuk Islam adalah atas dasar perkahwinan. Semuanya Qada’ dan Qadar, bersabit dengan perkahwinan seseorang itu mendapat hidayah dari Allah. Beliau juga lebih suka menggunakan perkataan ‘Revert’ daripada ‘Convert’ apabila seseorang itu menganuti agama Islam kerana mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.




Hinduism to Islam (Omar Rao Story)

Link ini menceritakan tentang Muhammed Umar Rao dari India. Beliau tergolong dalam kumpulan menengah keluarga Brahmin. Sejak kecil beliau sudah dididik dengan ajaran dan nilai-nilai Hindu. Beliau seorang hindu yang taat. Awalnya beliau sangat membenci umat Islam. Namun, setelah membaca terjemahan bahasa Inggeris kitab suci Al-Quran, pemuda India ini justeru menemukan apa yang ia cari selama ini, yang akhirnya beliau membuat keputusan yang besar. Beliau memutuskan untuk memeluk Islam.



Hindu becomes Muslim – Mohammed

Link ini menceritakan tentang Mohammad Abdur Rahman yang memeluk agama Islam. Sebelum ini beliau menganuti ajaran hindu. Beliau mencari agama yang benar melalui sains dan kejadian alam. Kemudian beliau menemukan bahawa Islam adalah agama yang benar. 



Abdul Rahman new converted to Islam

Link ini menceritakan seorang hindu yang memeluk agama Islam. Nama hindunya sebelum ini adalah Balasharkha. Kini beliau dikenali dengan Abdul Rahman. Beliau merupakan orang Bangladesh. Kawan-kawan di sekelingnya beragama Islam. Beliau tertarik dengan Islam dan mengubah agamanya kepada agama Islam. 



Hindu Priest Son Convert to Islam 2012

Nama beliau adalah Hakeem Mahaded. Bapanya adalah pendeta Hindu. Latar belakang keluarganya merupakan orang yang kuat kepercayaan kepada ajaran Hindu. Suatu hari kawannya ada menyarankan beliau melihat kepada sejarah Islam. Beliau mendapatkan al-Quran dan melihat al-Quran serta baginya al-Quran menjelaskan segala-segalanya. Beliau dapat rasakan perbezaan antara agama Islam dan Hindu yang dianutinya ketika itu. Apabila beliau melihat Islam dengan lebih mendalam, beliau mengucapkan kalimah syahadah.
                                      

                      ~ syukran atas perkongsian video : Fatimah zahra & nadrah mahfuzah (FPI UKM)~

No comments:

Post a Comment