Saturday 29 December 2012

FORUM : JOM CERITA ISLAM KEPADA KAUM INDIA MALAYSIA




23 DISEMBER 2012/9 SAFAR 1434 H
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
oleh: HJ Bazeer Ahmed, Ahli kehormat HALUAN & Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia


SEJARAH ORANG INDIA DI MALAYSIA & CASE STUDY MODEL DAKWAH KEPADA HINDU DI INDIA
 
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu)

·         Dakwah adalah arahan awal Allah kepada Rasul.
·         Dakwah adalah tanggungjawab semua muslim.
·         Mari laksanakan tugas mulia ini, tugas para Rasul dan Anbia.
·         Kita amat mengharapkan ganjaran dan nikmat yang besar dari Allah SWT.

Sejarah Kedatangan Islam Ke India
·         Islam di Kerala - Malik bin Dinar r.a & 20 sahabat Nabi s.a.w.
·         Masjid pertama – masjid Cheraman Juma, pada 629 AD.
·         Indian muslim pertama – Rama Varma Kulashekhara ( raja pertama masuk Islam).
·         Banyak masjid di bina di kawasan pantai Malabar.
·         Penduduk Mappila – komuniti pertama memeluk Islam ( golongan terbesar Islam di Kerala).
·         Pada kurun ke- 8, daerah Sindh ( Pakistan) dikuasai pasukan tentera Islam dibawah Muhammad bin Qasim. Sindh jadi daerah paling timur Khalifah Umaiyah.
·         Pada 1279 C.E,  ramai muslim dari puak Seljuk Turki ( dikenali Rowthers) mazhab Hanafi datang ke banyak tempat di India atas urusan perniagaan, menetap dan menyebarkan Islam. Ada juga terdapat bukti- bukti sejarah puak Turkish Anatolian dan Safavid di banyak tempat di India.
·         Sekitar 1300 C.E ramai muslim Arab mazhab Syafie (komuniti Marakkar) menetap di banyak tempat di selatan India, mereka sebarkan Islam melalui perniagaan, dakwah dan perkahwinan.


Kedatangan Orang India, Tamil & Tamil Muslim Ke Malaya
·         Dari kurun ke 10 hingga 17 A.D, perniagaan pakaian dan tekstil dari india mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia.
·         Wilayah Kalinga menjadi kawasan utama pembuatan tekstil.
·         Peniaga- peniaga Tamil yang menjual kain dipanggil Kilng.
·         Kling dikenal di Java tengah, Indonesia dari kurun ke 883 A.D.
·         Pemerintah Portugis dan Belanda menggunakan panggilan Kling untuk ,merujuk kepada orang India, khasnya orang Tamil.
·         Terdapat banyak bukti berkaitan konsep/ amalan/ mantera/ upacara orang India di Burma, Malaya, Sumatra, Java, Thailand, Cambodia, Vietnam dan China.
·         Kadah dikenali sebagai Kataram dikalangan orang Tamil. Banyal tinggalan arkeologi dijumpai di Kedah.
·         Hubungan dagang terutamanya Indai-China yang berlangsung hamper 300 tahun, dan dengan kedudukan kepulauan melayu di laluan perdagangan tersebut (selat Melaka) menjadi faktor penting kemasukan orang India/ Tamil/ Tamil muslim ke Malaya.
·         Aceha dalah tempat pertama menerima Islam di Asia Tenggara pada 1204 A.D. Melaka pula pada 1276 A.D.
·         Pedagang India terutamanya puak Gujerat dan Tamil mendapat layanan baik pihak sultan dan pembesar- pembesar Melaka. Ada dikalangan Tamil muslim yang berkahwin dengan keluarga bangsawan Melaka.
·         Raja Kassim, ibunya adalah keturunan Tamil muslim telah menjadi pemerintah muslim pertama dalam sejarah Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Sepupunya Tun Ali dilantik sebagai Bendahara ( Perdana Menteri ) sebelum digantikan oleh Tun Perak
( berketurunan melayu ).
·         Kaum India di Melaka tinggal di kampung Kling sejak dari zaman kesultanan Melaka. Keturunan mereka membina kuil dan masjid.
·         Tamil muslim atau Chuliah( satu gelaran bangsa ) berkembang ke Johor, Perak, Kedah, dan Penang salam kurun ke 17 & 18.


Case Study Model Dakwah
1)      Perjuangan Karim Ghany
·         Seorang ahli politik Asia Tenggara berketurunan India.
·         Pengurus “ The Muslim Publishing House” dan pengarang edisi melayu majalah Dawn ( Sinaran).
·         Terlibat dengan Liga Muslim dan menjadi presiden All Malaya Muslim Missionary Society (AMMMMS).
·         Boleh menguasai english, malay, jawi, Arabic, urdu, dan tamil. Memulakan surat khabar Tamil pertama ; The Malaya Nanban.
·         Dikatakan sebagai perintis kepada surat khabar melayu dalam tulisan jawi pertama di Malaya.
·         Terlibat aktif dalam memperjuangkan kes Maria Hertogh (Natrah) do Singapura.
·         Semua lapisan orang Islam samada melayu dan Indian muslim bersatu memperjuangkan isu akidah ini.

2)      Case study model dakwah di tamil Nadu
·         Ratusan puak dalits ( 150 dari 300 keluarga) di Meenakshipuram dalam daerah Tirunelveli menganut Islam telah mengemparkan negara India. Antara sebab peluk Islam ialah rasa terhina dengan isu status sosial (kasta) dan marah dengan layanan polis.
·         Kes menjadi hangat dan kontroversi dengan campur tangan pelbagai pihak termasuk pemerintah.
·         Setelah dua dekad berlalu, berlaku kahwin campur dengan meluas, antaranya kerana reality orang islam yang lebih bebas dari kekangan kasta dan hidup dengan suasana lebih saksama.
·         Pihak seperti south India Isha Athul Sabai (SIIS) dan Jamaat Islami memainkan peranan penting dalam menyokong orang Islam.
·         Kebangkitan Islam di India digerakkan oelh banyak badan dan individu seperti Islamic Foundation Trust, Jamaat Islam, Maududi, P. Jainul Abiddin B.S.A Abdul Rahman ( philannthrophist ), Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik, Ulamak- ulamak, pendakwah- pendakwah dan lain- lain.
·         Antara aktiviti yang dibuat ialah menggerakkan Dakwah Training Centres, mengadakan ceramah dan dialog, mengeluarkan/ menterjemahkan buku- buku Islam, menyediakan pekerjaan, menaja pelajar agama belajar di luar India dan lain- alin aktiviti dakwah tersusun.


Pendekatan Dakwah Kepada Orang Hindu Di Malaysia
1.      Mencari kesamaan – Islam tidak membeza- bezakan manusia. Manusia adalah cuma berbeza disisi Tuhan mengikut tahap ketaqwaan mereka.
2.      Kerjasama antara pihak berkuasa agama dan badan- badan dakwah untuk laksana dakwah kepada hindus.
3.      Madrasah India Muslim perlu menjadi institusi dakwah dan tidak terhad kepada aktiviti rutin dan tidak ekslusif kepada Indian Muslim.
4.      Mengadakan dialog dan diskusi dengan hindus.
5.      Buat kelas tuisyen untuk semua kaum termasuk hindus.
6.      Bina hubungan baik dengan hindus melalui pelbagai cara seperti gotong- royong
( breaking the ice ).
7.      Pendakwah terus meningkatkan ilmu, kemahiran dakwah dan ketaqwaan diri dengan Allah agar dakwah kepada hindu dilaksanakan dengan hikamah dan di naungi rahmatNya.



Kesimpulan
1)      Dakwah adalah tanggungjawab wajib yang tidak boleh diabaikan
2)      Dakwah adalah kerja para Rasul dan Anbia. Kita perlu laksanakan dan jangan cuai atau ditinggalkan.
3)      Orang melayu dan Indian muslim perlu bersatu dan bekerjasama untuk laksanakan dakwah kepada hindus.

Penutup
1)      Perlu ada kesedaran dakwah kepada diri sendiri ( islah diri ) dan non muslim seperti hindus.
2)      Pendakwah dan agensi- agensi agama perlu saling bekerjasama untuk laksana dakwah. Tiada yang sempurna, dengan bergabung akan kearah kejayaan.
3)      Pihak berkuasa agama disaran menyokong penuh aktiviti- aktiviti dakwah Islam yang dijalankan oleh pelbagai pihak, diwaktu yang sama dapat memastikan bantuan yang diberi adalah kepada pihak yang benar- benar melaksanakan dakwah dengan sebenar.
4)      Pendakwah perlu terima bahawa jalan dakwah ada ujian, halangan dan provokasi. Tidak boleh memberi alasan untuk menjaga hikmah untuk tidak melaksanakan dakwah. Contohi Rasulullah s.a.w. dan para Rasul yang paling berhikmah tetapi paling banyak diuji dan hadapi halangan.

No comments:

Post a Comment