Monday 3 December 2012

Jom KEnaL~



INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Majoriti penganut  agama hindu ialah etnik India.sejarah kedatangan orang Inia ke Malaysia berlaku sangat lama. Namun penghijrahan mereka beramai—ramai berlaku pada abad ke-20 kira- kira tahun 1911-1930 an.( M.Rajantheran dan S. Manimaran:1994:1)

Antara asas agama hindu ialah kepercayaan kepada konsep Karma, iaitu nasib seseorang itu ditentukan oleh Karmanya.maka seseorang yang lahir ke dunia ini tidak sempurna.

Kepada sasaran dari keturunan india
Penekanan khussu kepada sasaran keturunan isndia ialah yang berhubung dengan:
a)      Pendedahan berhubung dengan asal- usul agama, teruatamanya agama Hindu dan agama Islam
b)      Hah- hak persamaan dalam Islam
c)      Islam dan keadilan masyarakat
d)     Kepercayaan- kepercayaan dalam hindu diukur dengan logic akal fikiran
e)      Benda- benda yang di puja dalam Hindu diukur kesesuaiannya dengan sifat manusia yang mulia
f)       Isu poligami sebagai penyelesaian masalah masyarakat, bukan penganiayaan terhadap wanita
g)      Peraturan- peraturan dalam Islam untuk menjamin kesejahteraan orang ramai, bukan untuk membebankan mereka
h)      Penggunaan bahasa yang sesuai ialah bahasa ibunda.



Masyarakat India merupakan satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir kesemua amalan masyarakat India mempunyai nilai-nilai serta maksud yang tersirat. Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan-amalan yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian di kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia. Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dll. Pemakaian baju dan seluar moden diterima secara luas.


Pendakwah perlulah berilmu untuk berdakwah kepada bukan Islam bagi memberi keyakinan kepada mereka bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang selamat di dunia dan di akhirat serta membawa manusia kepada keredaan Allah SWT.
Pendakwah mulia di sisi Allah apabila tidak takut atau tergugat dengan dugaan dan fitnah kerana usaha dakwah serta tidak berasa hina apabila menyeru kebaikan atau mencegah kemungkaran.
Pendekatan dakwah kepada masyarakat India adalah dengan berdiskusi, perjumpaan, kempen, pesta makanan dan fesyen pakaian, program di kolej atau universiti, bahan atau media bacaan, radio atau televisyen, blog atau laman sesawang dan penganjuran seminar mengenai sumbangan masyarakat India terhadap Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment