Monday 3 December 2012

STRATEGI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT INDIA1 Oleh: Muhammad Fitri Abdullah Pengarah Unit Dakwah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia




TANGGAPAN PENGANUT AGAMA HINDU TERHADAP AGAMA ISLAM

i. Agama Islam adalah untuk mereka yang lahir di dalam keluarga Islam sebagaimana agama Hindu bagi mereka yang lahir dalam keluarga Hindu.

ii. Agama Islam dan agama Hindu adalah dari tuhan yang sama. Oleh itu kedua-dua agama ini adalah benar.

iii. Semua agama boleh diterima. Tidak salah seorang penganut Hindu mengamalkan ajaran agama lain termasuk Islam.

iv. Akibat publisi negetif oleh media barat, Islam dilihat sebagai agama keganasan. Kebanyakkan Negara Islam terlibat dalam peperangan.

v. Orang Islam menyembah Kaabah. Orang Islam dilihat tawaf, rukuk dan sujud di hadapan Kaabah. Kaabah adalah berhala orang Islam kerana di dalamnya didakwa terdapat patung tuhan Siva.

vi. Masyarakat Islam lemah/pasif dan sentiasa perlu dibantu. DEB dan RMK9.

vii. Seseorang yang memeluk agama Islam akan dipaksa oleh orang Islam untuk meninggalkan keluarga dan kebudayaan asalnya.

viii. Satu kehinaan bagi keluarga apabila seseorang ahli keluarga memeluk agama Islam kerana dia tidak boleh menyertai upacara kematian keluarga Hindu.


ix. Masuk Islam dilahat sebagai masuk Melayu. Pakai songkok dan baju Melayu serta bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu.

x. Ajaran Islam menghina agama Hindu. Misalnya penyembelihan lembu secara besar-besaran. Lembu dianggap sebagai binatang yang suci.

KENAPA PERLU BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU
i Untuk memperkenalkan Islam kepada orang-orang Hindu sebagai agama yang sempurna.
ii. Untuk memberi gambaran yang baik tentang Islam supaya orang-orang Hindu bersikap positif terhadap Islam.

iii. Untuk menyampaikan Islam dengan hikmah supaya tidak mendatangkan perasaan takut.

iv. Supaya masyarakat Hindu kembali kepada ajaran asal agama mereka iaitu agama Tauhid.

No comments:

Post a Comment