Saturday 29 December 2012

JOM CERITA ISLAM KEPADA INDIA MALAYSIA







Pada 23/12/2012 berpeluang menghadiri sebuah program ilmiah "JOM CERITA ISLAM KEPADA INDIA MALAYSIA.. sebuah forum yang bermanfaat di Auditorium Utama, Masjid Putra, Putrajaya.. program ini dianjurkan oleh kelab HALUAN Malaysia dengan kerjasama JAKIM.
Program yang sangat menarik dan pengisian yang mantap oleh panel malah kehadiran juga sangat memberangsangkan...dikalangan peserta bukan sahaja terdiri dari pelajar IPT malah juga terdiri dari aktivis2 dan pendakwah2 yg hebat..dapat dilihat peserta bukan sahaja memberikan pertanyaan malah ada diantara peserta turut menjawab pertanyaan peserta lain serta memberikan pandangan yang sangat mantap tentang india sekaligus mnghidupkan suasana sesi soal jawab tersebut...



Program ini telah dirasmikan oleh IMAM BESAR MASJID PUTRA : HJ ABDUL MANAF

ceramah pertama bertajuk :MEMAHAMI STRUKTUR BANGSA, KASTA, dan AGAMA ORANG HINDU di MALAYSIA disampaikan oleh : HJ MOHAMAD SHARIFF GHANI, Setiausaha agong Majlis Madrasah India Muslim di Malaysia.


ceramah kedua bertajuk : SEJARAH ORANG INDIA di MALAYSIA dan CASE STUDY MODEL DAKWAH KEPADA HINDU di INDIA dismpaikan oleh: HJ BAZEER AHMED



bagi sesi soal jawab pula terbahagi kepada dua sesi
sesi pertama: soalan dan pandangan  daripada hadirin umum termasuk pelajar IPT

sesi kedua: soalan, pandangan dan ulasan dari aktivis2 dakwah di Malaysia


kedua2 penceramah merupakan panel dan moderator merupakan TN HJ YUSMAN NAWAZIR, pengerusi KHF (Kelab Haluan Fitrah)


program menarik ini berakhir dgn penyampaian cendramata kepada ahli panel =)

*tahniah diucapkan kepada pihak HALUAN kerana berjaya menganjurkan satu majlis ilmiah yg menarik dan bermanfaat..moga usaha seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang dengan input yg lebih intelektual...biiznillah~

No comments:

Post a Comment